MAC 2023

Projek Tebatan Banjir Tiga Kampung Dirancang


DEBAK: Projek tebatan banjir sedang dirancang untuk dibina di Kampung Bungey, Kampung Babu dan Kampung Lalang di sini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek itu perlu kerana banjir di tiga kampung itu berpunca dari limpahan air Sungai Rimbas rentetan hujan berterusan.

"Beberapa hari lalu banjir telah menjejaskan 51 keluarga melibatkan seramai 213 mangsa di tiga m kampung berkenaan," katanya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Millenia Debak di sini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menambah pihaknya simpati dengan masyarakat kawasan terbabit yang mengalami banjir apabila hujan bertembung air pasang besar.

"Saya berharap projek itu yang dipohon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam bagi menyelesaikan masalah aliran air dapat diselesaikan secepat mungkin," tambahnya.

Sumber dari : Jiwa Bakti